Dua Bekas ADUN Perak Bebas Dari Tuduhan Rasuah

PUTRAJAYA – Penantian dua bekas wakil rakyat Perak selama hampir lapan tahun agar nama mereka dibersihkan daripada tuduhan rasuah berbaloi, apabila Mahkamah Rayuan semalam melepas dan membebaskan mereka daripada tiga tuduhan tersebut.

 

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan bekas ADUN Bota, Usaili Alias menarik nafas lega apabila mahkamah menolak rayuan akhir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif memutuskan demikian selepas berpuas hati tiada sebab bagi panel itu mengganggu dapatan fakta yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu.

 

Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang lelaki sebagai dorongan membantu individu itu mendapatkan projek membangunkan tanah seluas berpuluh-puluh hektar di kawasan Pusat Bandar Seri Iskandar, Ipoh yang dikatakan bernilai RM180 juta secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).- UTUSAN



This entry was posted in Jenayah, Terkini. Bookmark the permalink.

ep2p-5small