Dollah Umum Senarai 20 Pemain Menentang Liverpool

Dollah Salleh telah menyenaraikan nama 20 pemain yang terpilih untuk membarisi skuad Pilihan Malaysia bertemu Liverpool bagi perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 24 Julai ini.

Di kalangan 15 pemain tempatan yang terpilih, lima daripadanya adalah nama baharu yang tiada dalam senarai 23 pemain skuad kebangsaan ketika dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 bertemu Timor Leste dan Palestin, 11 dan 16 Jun lalu.

Mereka ialah penjaga gol Zamir Selamat (Perak), Razman Roslan (Pahang), Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda B), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Norshahrul Idlan Talaha (Terengganu).

Dengan itu, 13 pemain kebangsaan lain tidak tersenarai membarisi skuad Pilihan Malaysia bertemu Liverpool iaitu penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Muslim Ahmad (PDRM), Indra Putra Mahayuddin (Felda United), R Gopinathan (Pahang) serta Farizal Marlias, Fadhli Shas, Junior Eldstal, S Kunanlan, Mahalli Jasuli, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Safee Sali dan Nazrin Nawi (Johor Darul Ta’zim).

Bagaimanapun, Safiq dan Amri diminta untuk bersedia dipanggil menjalani latihan bagi menggantikan mana-mana pemain jika terdapat kecederaan di kalangan senarai 20 pemain di atas.

Sama seperti ketika skuad Pilihan Malaysia bertemu Tottenham Hotspur di Stadium Shah Alam, 27 Mei lalu, Dollah turut menyenaraikan lima pemain import bagi memperkuatkan pasukannya kali ini.

Lima pemain import disenaraikan Dollah terdiri daripada tiga pemain yang beraksi ketika bertemu Tottenham – Ashfaq Ali (PDRM), Robert Cornthwaite (Selangor) dan Thiago Junio Aquino (Perak) serta dua muka baharu – Dickson Nwakaeme (Pahang) dan Zah Rahan Krangar (Felda United).

Paulo Rangel (Terengganu) dan Guilherme De Paula (Selangor) yang beraksi ketika bertemu Tottenham tidak tersenarai kali ini.

Skuad Pilihan Malaysia akan mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 19 Julai ini (Ahad).

Senarai pemain seperti di bawah.

BIL

NAMA

POSISI

PASUKAN

1.

ZAMIR SELAMAT

PENJAGA GOL

PERAK

2.

KHAIRUL AZHAN KHALID

PENJAGA GOL

PAHANG

3.

AFIF AMIRUDDIN

PERTAHANAN

PDRM

4.

RAZMAN ROSLAN

PERTAHANAN

PAHANG

5.

YONG KUONG YONG

PERTAHANAN

PULAU PINANG

6.

ZUBIR AZMI

PERTAHANAN

TERENGGANU

7.

NAZIRUL NAIM CHE HASHIM

PERTAHANAN

HARIMAU MUDA B

8.

NASIR BASHARUDDIN

TENGAH

PERAK

9.

BADDROL BAKHTIAR

TENGAH

KEDAH

10.

AZAMMUDDIN AKIL

TENGAH

PAHANG

11.

AHMAD SYAMIM YAHYA

TENGAH

FELDA UNITED

12.

AHMAD HAZWAN BAKRI

TENGAH

SELANGOR

13.

JOSEPH KALANG TIE

TENGAH

SARAWAK

14.

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

PENYERANG

TERENGGANU

15.

AFIQ AZMI

PENYERANG

SELANGOR

16.

DICKSON NWAKAEME *

PENYERANG

PAHANG

17.

ASHFAQ ALI *

PENYERANG

PDRM

18.

ROBERT CORNTHWAITE *

PERTAHANAN

SELANGOR

19.

THIAGO JUNIO AQUINO *

PERTAHANAN

PERAK

20.

ZAH RAHAN KRANGAR *

TENGAH

FELDA UNITED

 

ep2p-2