Harimau Malaya Dollah SallehPengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh mahu Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) memastikan pelatih mampu memenuhi potensi selepas mencapai usia 17 tahun.

Pada Dollah, usia itu merupakan titik penting bagi memastikan masa depan bola sepak negara berada dalam landasan tepat bagi menyaingi pemain negara lain.

Walaubagaimanapun, Dollah memuji kejayaan skuad bawah 13 tahun NFDP yang muncul juara Ibercup Costa del Sol.

Bagi Dollah ia bukti Malaysia mampu hasilkan produk berkualiti di bawah umur 16 tahun.

Namun Dollah berasa potensi pemain muda kerap merudum apabila melepas usia 17 tahun.

“Dari segi fizikal apabila peringkat 16 tahun keatas dah berbeza dengan pemain di eropah jadi dari aspek itu kita telah ketinggalan walaupun di usia muda kita tidak mempunyai perbezaan ketara,” katanya.

Apa pun Dollah percaya dengan kepimpinan Lim Teong Kim serta pengawasan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) NFDP mampu lonjakan bola sepak negara sekiranya kelemahan terseut mampu diatasi.