Denda RM 2,200 jika ditangkap merempit…

Lumba haram oleh anak-anak muda dikebanyakan tempat memang telah menjadi barah yang kronik kepada masyarakat. Selain mengganggu ketenteraman awam, lumba haram juga mengakibatkan keselamatan penunggang serta pengguna jalanraya terancam.

Dengan perkembangan aktiviti tersebut yang semakin membimbangkan, Kerajaan Thailand telah memperkenalkan peraturan baru yang mengenakan tindakan lebih tegas ke atas pelumba haram di negara itu, semalam.

Perintah itu disiarkan dalam Warta Diraja yang melarang sebarang perhimpunan awam, bertujuan untuk perlumbaan haram selain mengenakan denda ke atas mana-mana pihak yang bersubahat untuk kegiatan itu.

Di bawah peraturan baharu itu, individu yang didapati bersalah atas perlanggaran kedua boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda 20,000 baht (RM2,200) dan lesen mereka juga boleh dibatalkan.

Langkah tegas tersebut diharapkan akan dapat membenteras kegiatan tidak sihat terbabit selain dari mengajar generasi muda mematuhi peraturan keselamatan jalanraya. – Utaranews.com

ep2p-2