Couple gaduh kerana muka tak sama macam dalam media sosial..

Tu lain kali kalau nak hantar gambar or post ke kat media sosial tu tak payah la nak edit sangat sampai tak sama dengan wajah asal ye!

Ni terjadinya kat pasangan dari China ni berkenalan di media sosial lepas tu saling hantar gambar masing-masing. Hantar gambar muka suci dan putih gebu aje kan. cacat-cacat cela semua hilang aiii!! Maklum la kamera sekarang canggih lepas tu ada aplikasi yang boleh edit-edit muka jadi cantik macam Barbie doll.

Pasangan ni set date untuk jumpa. Bila jumpa jadi haru pula dah. Diorang ni boleh gaduh kat tepi jalan sebab pertikai muka masing-masing tak sama dengan gambar diorang tengok dalam telefon. Hihhiiihhii..

Teruk juga diorang gaduh ni, tuding jari bagai! Lelaki tu siap keluarkan telefon tunjuk gambar perempuan tu kat orang lalu lalang. “Tengok, saya dijemput untuk berjumpa dengan seorang rakan online. Tengok rupanya sekarang dan tengok rupanya dalam foto ni.” kata lelaki tu.

Yang perempuan ni pun balas la, kata “kamu semua jadi hakim. Bukankah ni wajah saya?bukankah ini saya? Kamu yang menipu saya. Celaka!”.

Last sekali tu tolak perempuan tu sampai terduduk lepas tu blah macam tu aje. Buat malu aje pasangan ni gaduh pasal muka tak sama dalam gambar. Hahhahahhah. Nak edit gambar tak salah tapi tak perlu la lebih-lebih ye. MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small