Chef Wan dedah perangai aib Pembantu Rumah

Syawal pertama orang patut dok bermaaf-maaf.. Tapi, untuk keluarga Chef Wan lain pulak jadinya.. Masing-masing tampil mempertahankan hak masing-masing..

Semua ni pun bermula lepas Chef Wan melalui laman Instagramnya dedah keburukan ahli keluarganya.. Katanya ahli keluarganya malas buat kerja dan suka bangun tidur lewat..

Terbaru, Chef Wan dikatakan tak bayar gaji pembantu rumahnya dah hampir dua bulan.. Sebab dah tak tahan pembantu rumah tu lari cari kerja lain.. Fuhh! biaq betoi, takkanlah Chef Wan tak mampu bayar maid dia.. Bukan Chef Wan tu boleh dikategorikan orang kaya ke?

Haa.. memang betul tau maid Chef Wan larikan diri.. Tapi, bukan sebab tak dibayar gaji.. Maid tu lari sebab dia nak bersama kekasihnya.. Tengah panas-panas macam ni memang banyak la orang nak taburkan fitnah pada Chef Wan..

Ini antara penjelasan panjang lebar Chef Wan pasal maid dia yang lari dengan kekesihnya tu..

Apapun, bertabah la Chef Wan, mungkin ada pihak yang cuba nak menjatuhkan anda.. Sebab tu mula timbul banyak cerita-cerita fitnah pasal Chef Wan.. Macam mana yea kes saman salah seorang ahli keluarga pada Chef Wan.. Jadi ke idok? Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small