Che Ta Sewa Kondo Khas Untuk Simpan Baju Kerana Terlajak Banyak?


Advertisement

Baru-baru ini pelakon jelita Rozita Che Wan dikejutkan dengan menempah 60 pasang baju raya yang bakal digunakan untuk menghadiri rumah-rumah terbuka sepanjang Aidilfitri nanti. Kini Che Ta dikejutkan pula terpaksa menyewa sebuah kondomium untuk menempatkan koleksi pakaiannya yang terlalu banyak. Begitu juga dengan anaknya Aaisyah Dhia Rana yang turut mempunyai koleksi baju terlalu banyak dan sehingga kini sudah pun mencecah empat buah almari.

Menarik : Che Ta Nafi Hidup Mewah, Akui Kerja Keras Cari Rezeki

che ta sewa kondo

“Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama”

“Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil. Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer,”


Pejam celik, pejam celik Aaisyah kini berusia lapan bulan dan bertambah kecomelannya di sini ‘Koleksi Foto Gebu Anak Che Ta, AaisyahDhia Rana Di London‘ .

rozita che wan sewa kondo

“Baju Aaisyah sahaja sudah memerlukan empat pintu almari untuk menyimpannya. Apa tidaknya, selain saya dan Zain yang belikan baju-baju Aaisyah, dia juga dapat banyak tajaan daripada pelbagai jenama pakaian. Tidak cukup dengan itu, peminat-peminat juga ramai yang hantarkan hadiah. Sebab terlalu banyak, ada baju yang tidak sempat diulang pakai. Pakai sekali sahaja,”

Diusia kecil Aaisyah Dhia Rana mempunyai baju yang banyak disebabkan mendapat gift dari peminatnya. Fuh! untung la kan, tetapi yang peliknya kenapa perlu sewa kondo?. Kenapa tak letak je baju tu dalam banglo rumah Che Ta tu. Eh eh, membazir je!.

6 total views, 6 views today

ep2p-2