Bumper jatuh je pun tapi pau sampai RM500.. Perhhhh!

Dalam bulan mulia macam ni pun masih ada lagi yang nak ambil kesempatan. Kurang ajar betul! Melalui akaun facebook Ricky Mamamia, dia melahirkan rasa kesalnya lepas mengenangkan nasib yang kena tipu tempoh hari.

Ceritanya.., haritu dia terlibat dalam satu kemalangan dekat area Pudu, habis luruh bumper owner yang dia langgar tu. Nak jadi cerita si owner ni mintak ganti rugi sebanyak RM800.. Giler bapak sampai RM800. Bumper jatuh je pun.

Disebabkan mangsa tak tahu harga sebenar dia pun percaya, bila mintak kurang sikit owner kereta tu mintak RM500. Mangsa pun bagi la RM400 sebab banyak tu je ada dalam tangan, balance lagi RM100 owner kereta suruh bank in.

Siap owner kereta tu photostat lagi IC mangsa sebab takut mangsa tak bank in, tapi bila mangsa nak photostat IC owner tu jugak sebab mangsa takut owner buat apa-apa kat IC dia, owner tu tak kasi pulak. Pelik kan.

Siap ugut-ugut lagi, nasib baik la mangsa sempat ambil gambar owner kereta tu. Last-last baru mangsa sedar yang dia kena tipu sebab kat kedai kalau buat baru RM150 macam tu je. Itula lain kali settle kat balai terus kan senang, nasi dah jadi bubur pun. –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small