Budak curi Tong Gas kantoi dengan CCTV.. #kantoi

Selalunya kita dengar dekat kedai makan atau restoran je yang menjadi sasaran mamat taik pit dan isap gam rembat dorang punya tong yang dibuat untuk berniaga tu. Tapi bila Gomez tengok gambar yang tersebar ni…. Mak aiiii!!

Gigih betul pencuri ni nak mencuri tong gas kat sebuah rumah yang terletak di Lagenda Height Sungai Petani ni. Apa yang menghairankan, dalam banyak-banyak barang kenapa pencuri ni rembat tong gas dengan meja kaki tu haha!

Macam pelik je…. Berapa sen sangat dia boleh dapat dengan merembat benda alah tu. Sudah la angkat tong gas tu naik ikut temboh haha! Sampai macam tu sekali noh punya la nak duit free kihkih kesian la penat dapat duit boleh ciput je.

Sudah la buat kerja tengah hari qembang pulak tu haha… Berani pulak budak ni tak takut kantoi ke?? Ntah-ntah budak ni anak tuan rumah ni kot mak dia suruh balik amik gas sebab tempat niaga gas habis hahaaa! Kebetulan pagar pulak kunci.. Hurmmm mungkin la.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2