Budak bawah umur gigih kutip duit raya sebab nak beli Vape.

Tediaaaaaa… Dahsyat sungguh pengaruh vape ni, sampai budak bawak umur pun nak tunjuk sempoi boleh pakai vape. Tak padan dengan tak pernah hisap rokok tapi ada hati nak beli vape kihkih.

Sudah la baru berumur 14 tahun, kalau ikut undang-undang rokok pun dah salah kalau dijual kepada budak yang tak cukup umur. Inikan pulak nak jual vape kat dorang memang tak la. Nasib baik brader ni bagus.

Walaupun dia berniaga tapi dia fikir jugak masa depan budak tak cukup umur ni. Iyer la budak tu dah la tak pernah hisap rokok tak kan ler dia nak bagi galakkan pulak dekat budak tu untuk cuba-cuba berjinak dengan benda tak berfaedah macam vape ni.

Benda alah vape ni dah la makan ratus-ratus ringgit, mampu ke budak ni nak beli?? Kang mintak duit kat mak bapak lak, kesian mak bapak dia. Apa yang paling mengejutkan pasal budak ni, rupa-rupanya duit yang dia nak guna untuk beli vape tu sebenarnya adalah hasil dari kutipan duit raya dia.

Haishhhhh simpan jela dik oiiii duit raya tu untuk perkara yang berfaedah sikit.. Dah tahu diri tu sekolah lagi tak payah la nak cuba-cuba buat benda negative macam ni, buang duit je. Buat beli kasut sekolah baru pun bagus.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small