Bola Sepak : Supercoppa Italiana 2015

Perlawanan pembuka tirai musim baru Serie A Itali iaitu Piala Super Itali 2015 atau Supercoppa Italiana 2015 akan berlangsung pada 8 Ogos 2015 akan datang. Kejohanan ini akan berlangsung di Stadium Shanghai, China setelah musim lalu diadakan di Stadium Jasim bin Hamad, Doha, Qatar. Supercoppa Italiana 2015 ini akan menemukan juara Serie A Itali 2014/15 dengan juara Piala Coppa Italia 2014/15. Dengan kelab Juventus menjuarai kedua-dua piala ini, pasukan naib juara Piala Coppa Italia 2014/15 Lazio akan menentang pasukan Juventus.

Walaupun Juventus kehilangan beberapa tonggak yang berpindah ke pasukan lain seperti Carlos Tevez dan Andrea Pirlo, pasukan Juventus di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Massimiliano Allegri pastinya menjadi pasukan pilihan dengan memiliki deretan bintang-bintang bola sepak seperti Paul Pogba, Gianluigi Buffon, Arturo Vidal dan ramai lagi selain pemain-pemain baru yang berkualiti seperti Paolo Dybala, Simone Zaza, Sami Khedira dan pemain-pemain lain. Namun begitu, cabaran pasukan Lazio di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Stefano Pioli ini pastinya akan memberikan cabaran yang sengit kepada pasukan Juventus. Bual Sukan percaya, kedua-dua pasukan ini akan mempamerkan permainan terbaik masing-masing bagi memastikan kejuaraan Supercoppa Italiana 2015 menjadi milik pasukan mereka.   

ep2p-2