
Perlawanan tersebut akan dilangsungkan secara timbal balik pada 14 Ogos 2015 di Stadium Sam Memes, Bilbao bagi perlawanan pertama dan pada 17 Ogos 2015 di Stadium Nou Camp, Barcelona bagi perlawanan kedua. Pasukan FC Barcelona pastinya menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan Piala Super Sepanyol 2015 ini kerana pasukan mereka memiliki barisan pemain-pemain bintang seperti Lionel Messi, Neymar, Luis Suarez dan ramai lagi. Namun begitu, anak-anak buah Luis Enrique ini pastinya berhati-hati dengan ancaman pasukan Athletic Bilbao yang pastinya akan bermain bersungguh-sungguh bagi memastikan kejuaraan menjadi milik mereka. Bual Sukan percaya, perlawanan ini pastinya sengit dan mendebarkan.

