Bola Sepak : 2018 FIFA World Cup Russia Qualification (CONMEBOL)

Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia bagi Zon CONMEBOL akan melibatkan 10 buah negara. 4 pasukan yang menamatkan saingan peringkat kumpulan di 4 teratas akan layak secara automatik ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2018 Russia. Pasukan yang menamatkan saingan di kedudukan kelima pula akan bermain dalam pusingan play-offs antara benua. Perlawanan pertama pusingan kelayakan Zon CONMEBOL akan berlangsung pada 5 Oktober 2015 akan datang.

Dalam undian Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia yang diadakan pada 25 Julai 2015 di Zenit St. Peterburg, 10 pasukan ini telah diundi bagi menentukan perlawanan pertama akan datang. Bual Sukan percaya, setiap pasukan ini berpeluang melayakkan diri ke pusingan akhir dengan pasukan Brazil, Argentina, Chile, Colombia dan Uruguay pastinya antara pasukan pilihan mara ke pusingan akhir kelak. Berikut adalah keputusan undian perlawanan pertama bagi Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia bagi Zon CONMEBOL akan datang : 

Colombia vs Peru

Chile lwn Brazil

Argentina lwn Ecuador

Venezuela lwn Paraguay

Bolivia lwn Uruguay

ep2p-5small