Bekas Isteri Awie, Rozana Misbun Disahkan Patah Tulang Hidung!

Advertisement

Semakin panas kisah antara Awie dan juga bekas isteri, Rozana Misbun apabila bekas pegawai perubatan dari Hospital Ampang memberitahu Mahkamah Majistret Ampang hari ini, Rozana mengalami patah di bahagian tulang hidung dan rusuk kirinya.

Bukti ini sekaligus menjadikan perbicaraan antara pasangan ini semakin hangat lebih-lebih lagi penyanyi rock itu sendiri, Awie tidak mengaku bersalah dengan tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun.

BACA:- Panas! Rozana Dibelasah Awie, Rakam Imej Dibelasah Guna Telefon Pembantu Rumah?

Bekas Isteri Awie, Rozana Misbun Disahkan Patah Tulang Hidung!

Dr Siti Farah Mazalan mengesahkan keadaan itu selepas beberapa pemeriksaan x-ray sejak 18 Jun tahun lepas malah turut merujuk kepada doktor pakar hidung, telinga dan tekak dan pakar surgeri.

Hasil keputusan pemeriksaan jelas menyatakan kecederaan yang dialami oleh Rozana dengan berdasarkan rekod laporan perubatan milik Rozana yang disiapkannya pada 2 Ogos tahun lepas.

“Daripada pemeriksaan x-ray itu, saya dapati bahagian hidung dan tulang rusuk kiri yang kesembilan pesakit (Rozana) mengalami patah,” katanya.

Bukan itu sahaja, laporan perubatan turut mencatatkan Rozana seolah-olah menghadapi sindrom dipukul suami berikutan terdapat kesan-kesan lebam lama berwarna kekuningan di bahagian lengan kiri.

Dalam pada itu, Dr Siti Farah, saksi kelima pendakwaan tidak menafikan kemungkinan kecederaan yang berlaku berpunca daripada pukulan objek tumpul, hentakan kuat ke tanah, tumbukan tangan ataupun daripada tendangan kaki.

Bagaimanapun, Dr Siti Farah masih tidak dapat mengesahkan dengan jelas punca sebenar berlakunya patah di bahagian hidung dan rusuk kiri kesembilan Rozana sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Awie yang diwakili peguam bela Hazman Harun bagaimanapun tidak mengaku bersalah dengan tuduhan tersebut dan kes perbicaraan bersambung semula pada 30 November dan 1 Disember depan.

Jika Awie benar-benar disahkan bersalah, dirinya bakal berhadapan dengan hukuman yang setimpal!

7 total views, 7 views today

ep2p-2