Beijing Kota Sejarah dan Beli belah

 

5

64

 

3

KAGUM, terkejut itulah perasaan pertama mengusik jiwa ketika berkunjung di dataran Tianamen Squara di ibu kota Beijing, China, baru-baru ini.

Kagum bukan kerana luasnya dataran terbesar di dunia ini yang boleh menempatkan sejuta manusia dalam satu-satu perhimpunan tetapi kerana penghormatan dan kasih sayang rakyat kepada pemimpin besar yang mereka sayangi walaupun sudah meninggal tahun 1985.

Setiap hati lebih 60,000 orang sabar berbaris panjang menunggu giliran untuk memberi penghormatan kepada pemimpin mereka mendiang Mao Tze Tong yang diletakkan dalam sebuah bangunan khas di pinggir Tianamen Square.

Mereka bukan pelancong, tetapi rakyat tempatan yang datang dari seluruh pelusuk 46 wilayah dari negara China yang mempunyai 56 suku kaum ini . Dengan tiga orang sederet mereka berbaris dengan sabar mengikut barisan yang dikawal oleh pegawai-pegawai khas melengkok-lengkok bagaikan ular dipalu untuk melihat wajah mendiang pemimpin besar mereka.

Berada di Tiananmen Square yang luas itu dan seterusnya ke kota larangan atau Forbiden City terasa seolah-olah anda berada dalam zaman China dulu kala, semuanya masih kekal dipelihara dengan baik, membuatkan kita kagum dengan kekuatan dan kebesaran kerajaan negara China.

Sejarah negara China selama lebih 5,000 tahun amat menakjubkan bukan sahaja kerana mereka mempunyai tempat-tempat bersejarah seperti Tiananmen Square, Forbidden City, Summer Palace dan Tembuk Besar yang semuanya terletak di Beijing, tetapi kerana cara mereka mengekalkan budaya dan seni mempertahan diri juga akrobatik hingga kini jadi tarikan pelancong dan ikutan masyarakat dunia.

Kota Beijing yang berusia 3,000 tahun dan merupakan salah sebuah Bandar tertua di China  kini sedang melalui proses pembangunan moden. Beijing bukan seperti yang pernah anda bayangkan dahulu. Walaupun baru 20 tahun dahulu China membuka pintunya kepada dunia luar, tetapi pembangunannya amat mengkagumkan dengan bangunan pencakar langit termasuklah bangunan pejabat, kondominium, hotel, dan appartmen yang cukup indah.

Jumlah itu belum masuk 50 buah Universiti dan kolej yang terdapat di sekitar Beijing di samping 30 hingga 40 buah universiti dan kolej lagi di setiap buah wilayah yang ada di negara China. Terdapat 46 wilayah diseluruh China.

Seorang teman ketika diajak melancong ke Beijing menolaknya kerana mendakwa sukar mencari tandas kalau dalam kecemasan, itu mungkin 20 tahun lalu, tetapi kini Beijing cukup berbeza, terlebih lagi ia sedang sibuk membuat persiapan menyambut sukan Olimpik pada taun 2008.

Kota Beijing yang mempunyai 15 juta penduduk, keluasannya 15 kali ganda kota Jakarta, mempunyai 330 buah hotel dan akan menjadi 800 buah hotel menjelang sambutan suka olimpik, tahun 2008.

Kepada pelancong Islam mencari makanan halal bukan masalah besar, kerana Beijing mempunyai ramai penduduk Islam. Terdapat lebih 70 buah masjid kecil dan besar. Paling tua Masjid Nujie yang berusia 1,000 tahun dan keluasan 6,000 meter persegi. Selain itu terdapat masjid kedua terbesar iaitu Masjid Ma Tian yang berusia lebih 500 tahun.

Beijing dipilih menjadi ibu kota China sejak zaman dahulu adalah kerana menurut fungsui raja-raja China yang memerentah ketika itu mendakwa, ia merupakan Bandar terselamat daripada gempa bumi, banjir besar, atau bencana alam lainnya kerana ia terletak di kawasan yang mendatar dan dikelilingi oleh gunung ganang.

Tiga tarikan utama pelancong ke Beijing termasuklah Summer Palace iaitu istana musim panas maharaja China zaman dahulu, merupakan salah satu daya tarikan pelancong kerana keindahannya.

Dibina di kawasan seluas 290 hektar satu pertiga daripadanya merupakan tasik buatan yang dikorek sedalam 40 meter, sementara tanah yang korek ditimbun menjadi bukit, dan di atas bukit itulah dibina sebuah istana yang cukup cantik untuk raja berehat pada musim panas.

Pemandangan sekitar Summer Palace sungguh indah ia bagaikan sebuah lukisan besar lengkap dengan beberapa buah istana kecil dan sebuah istana besar di puncak bukit serta tasiknya yang luas saujana mata memandang.

Forbidden City atau istana larangan atau istana musim sejuk juga tidak kurang indahnya dengan tujuh buah pintu kota yang didalamnya terletak istana-istana yang cukup luas dan terdapat 9,999 ½ buah bilik untuk keluarga raja.

Mendaki Tembok Besar China satu lagi pengalaman yang menarik. Jika melihatnya dari jauh mungkin anda tidak akan mampu mendakinya, tetapi setelah memulakan pendakian pertama anda akan merasa rugi jika tidak memanjatnya.

Kepada mereka yang kaki shopping, Beijing menawarkan pelbagai barangan menarik dari hiasan rumah, bilik tidur, meja makan, barang hiasan wanita, kraftangan, jade, Kristal, ubat-ubatan, kain sutera, dan macam-macam lagi.

Kepada mereka yang sudah biasa ke Beijing tentu tidak melupakan tempat-tempat membeli belah ternama juga bazaar-bazar indah seperti  Russia Market, Sunny Gold, Yue Show atau di Wong Foo Jin Walk. Banyak lagi kawasan membeli belah asalkan kaki anda terdaya membawa anda berjalan.

Setelah beberapa hari di Beijing tidak hairanlah ramai pelancong Malaysia tidak melepaskan peluang untuk berkunjung lagi ke Beijing terutama kepada kaki shopping. Memang boleh setengah mati shopping!

 

ep2p-5small