Bayi 10 bulan dipaksa minum arak yang dicampur susu.

Kalau dah kaki minum arak tu, memang dah tak boleh nak kata apa dah la. Bagi pulak si kaki minum arak tu mengasuh anak yang masih kecil… Haaaaa sekali dengan anak kita jadi lingkop jawabnya haha!

Seorang lelaki di Albama ini ditugaskan untuk menjaga anak buahnya yang baru berusia 10 bulan. Nak dijadikan cerita, bapa saudara bayi tersebut,  Dontavian McCree boleh pulak bancuh susu formula lepas tu campur dengan arak. Kemudian apa lagi suap kat baby tula.

Punohhhhh!!! Lepas saja ibu bapa baby tu balik dari kerja dorang hairan kenapa baby dorang berkelakuan pelik. Mungkin pening kes minum arak tu la kot.. Terus dorang bawak pergi hospital untuk rawatan.

Terkejut ibu bapa baby tu selepas doktor sahkan yang baby dorang dah minum air susu yang telah dicampurkan dengan arak. Ntah la apa motif suspek buat macam tu, mungkin dah bosan kot sebab kena jaga anak buahnya masa parents baby tu ke kerja.

Suspek yang baru berusia 19 tahun itu bagaimanapun di tahan polis selepas pasangan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small