Azwan Kombos tiru Nabil.. Pun Nak Sado jugakk…

Haish, artis lain berbadan sado, ko pun nak sado jugak.. Dah badan tak sado ‘job’ tak dapat banyak ke? Tu yang  ambil keputusan nak sadokan diri..hehe.. Iyalah, sekarang ni kan trend hero semua badan sado..

Pelakon Azwan Kombos dedahkan dia dalam proses bina badan, supaya lebih berotot dan menjadi pilihan penerbit dalam sesebuah lakonan..

Walaupun akui susah nak berbadan sado.. Dia sanggup mencabar diri demi menambah baik kerjaya seninya..

“Saya tengok, pelakon berbadan sasa akan menjadi pilihan penerbit memandangkan aktor-aktor seperti itu diminati penonton.

“Jadi saya mengambil cabaran itu untuk mendapatkan badan ‘sado’. Kalau pelakon-pelakon lain termasuklah Nabil Ahmad boleh mengubh badan mereka, mengapa tidak saya?” katanya..

Hmm.. kalau jadi artis tu tak payah la nak ikut trend sangat.. Kalau memang dah ada bakat terpendam.. Badan macam mana pun mesti akan ada ‘job’ punya.. Patutnya fokuskan diri dalam mengasah bakat lakonan..

Bukan kalut dok bina badan.. Bina badan ‘sado’ pun kalau dah orang tak nak ambil jadi pelakon.. Tak jadi jugak wei.. Peminat pun dah pandai nilai lakonan artis, bukan sebab tengok badan sado je, terus peminat nak jatuh cinta dan suka.. Badan sado, berlakon kayu.. Buat apa.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2