Awek bertudung bangga tayang lidah di tindik.

Muka dah cantik dah, siap bertudung litup lagi sejuk je mata memandang. Tapi sayangnya tonjolkan kebodohan diri sendiri. Tindik lidah lepas tu selfie tunjuk kat orang kata diri tu hebat boleh tidik lidah. Eshhhh annoying gila.

Buat malu kaum hawa jela, lepas tu nanti tudung pulak yang dipersalahkan  Ntah apa la yang seronok sangat boleh tindik lidah agaknya yer? Sedangkan lembu pun kalau boleh dia tanak tebuk dia punya hidung tapi manusia lain pulak jadinya.

Kalau boleh tu atas bawah nak tindik, best agaknya noh. Sakit owwww tindik lidah, sementara nak sembuh nak makan apa pun susah. Seksa sangat sebab sakit tak boleh kunyah. Lebih pada sakit orang pakai braces.. Makan bubur je lepas tu.

Ada yang sampai bengkak habis mulut seminggu sampai susah nak cakap dengan orang. Sanggup berlapar sebab nak tunjuk hebat punya pasal. Haishhhh gila betoi dorang ni. –TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2