Artis mengaku bahagia walaupun 3 kali menjanda.

Kalau dulu dengar je status janda, ramai wanita yang takut.. Semua orang yang bergelar isteri tak mahu diceraikan suami.. Katanya, kalau kena cerai dah tak ada tempat bergantung.. Pastu akan dipandang negatif oleh masyarakat..

Tapi di zaman yang semakin moden ni, status janda tu memang dah selalu je kita dengar.. Paling senang nak tengok, dari golongan artis-artis.. Kahwin je, tup-tup dengar dah cerai..

Kebanyakkan wanita dah ada kerjaya dan karier dorang sendiri.. So kalau bergelar janda pun, dorang tak kisah.. Tempat untuk bergantung tu masih ada.. Siap buktikan kat masayakat dorang boleh berjaya tanpa seorang suami di sisi..

Salah seorang janda yang bagi contoh baik dari segi kerjaya ialah penerbit drama A. Aida.. Bukan hanya sekali bergelar janda.. Dah tiga kali tau dia pegang status janda.. Bila dah tiga kali ni, orang cakap pengalaman lebih banyak..hehe

Kini, A.Aida maklumkan dia lebih selesa hidup menjada tanpa kehadiran lelaki bergelar suami dalam hidup..

“Saya tidak pernah merasa gembira dan bahagia sebegini. Tidak terikat dan bebas untuk melakukan apa saja yang saya inginkan tanpa menurut arahan sesiapa. Boleh dikatakan menjanda ini satu rahmat buat diri saya kerana ia membuka mata saya betapa indahnya hidup ini. Kalau boleh tidak perlu wujudnya orang ketiga yang mengganggu kehidupan saya dan anak-anak.

Kes nafkah dulu pun kiranya sudah selesai namun bukanlah seperti yang dijanjikan. Tahun ini adalah tahun kedua saya beraya tanpa suami tetapi Alhamdulillah hidup saya disinari dengan kehadiran anak-anak dan keluarga saya,” katanya..

Respect la Miss A dengan A.Aida ni.. walaupun dah tiga kali tewas dalam perkahwinan dia masih lagi berjaya  bangkit.. Lagi pun ada kehadiran anak-anak di sisi, so tak la rasa sunyi sangat kalau tak ada suami.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small