Artis baru wanita bangga tunjuk skill hisap Vape

Wah! Wah! memang betul la apa orang cakap.. Wanita zaman sekarang ni memang serba serbi boleh buat.. Benda apa lelaki buat, korang jangan terkejut lah tengok wanita pun dok buat..

Selalu korang dok tengok lelaki je kan isap Vapor.. Entah kenapa kaum hawa pun gedik-gedik nak try jugak hisap benda alah tu.. Mungkin rasa diri hebat kot isap benda mcam tu.. Pelakon wanita baru Shima Anuar pun dok hisap vape u’oullls..

Kenal tak dengan pelakon Shima ni? Miss A tak kenal sangat.. Baru-baru nak up kot..haha.. Menerusi laman Instagramnya, dia muatnaik gambar menghembus asap Vapor kot hidung.. Hebat kan? Sebabkan gambar tu, dia terima kritikan hebat dari netizen..

Kalau korang nak stalker IG dia tengok gambar tu, dia dah padam.. Padam pasal apa tak tahu la.. Kalau dah rasa hebat sangat tak payah la padam.. Yang ada pun, Shima muatnaik sekeping gambar bagi kenyataan sinis kat orang yang dok kritik dia.. “Vape je pun, bukan hisap dadah”..

Walaupun kena tegur macam tu, ada antara rakan artis dok back up Shima, antaranya Eina Azman.. Eina cakap tak abaikan je orang yang ‘sakit mata’ dengan dirinya.. Hmm.. bukan sakit mata tak manis dilihat orang perempuan dok hisap vape..

Nanti dah tua-tua tunjuk gambar ko isap vape tu kat anak cucu korang ye.. Tengok dorang nak cakap apa.. Wow.. nenek dulu rare la, hisap vape..haha.. Bangga anak cucu tengok? Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small