Aplikasi Youtube Diberi Wajah Baru – Memudahkan Pencarian Video Trending

Viral, Ini ialah perkataan yang dicipta pasca dekad pertama milenium yang sehingga kini kami tidak tahu apakah versi Bahasa Melayu yang paling sesuai untuknya. Video viral tersebar dengan cepat dan menjadi bualan orang ramai di media sosial.  Bagi memudahkan pencarian video terhangat yang diperkatakan orang ramai Google mengemaskini aplikasi Youtube mereka dengan antaramuka baru.

Versi 10.25.57 Youtube kini mempunyai tab khas untuk video hangat (trending). Sebelum ini hanya terdapat tab utuk Home dan Music, kini ada tab untuk Home, Trending, Subcriptions dan Account. Penyusunan semula tab ini mempermudahkan anda mencari video yang diperkatakan orang ramai dan menonton video yang saluran Youtube yang anda langgani. Aneh sekali tab khas untuk Music kini tidak lagi kelihatan. Kami juga menyedari tidak semua peranti akan memaparkan antaramuka baru ini. Mungkin ia akan diperkenalkan secara beransur-ansur. Anda bagaimana? Adakah aplikasi Youtube anda kelihatan seperti di bawah?

Youtube-New-UI




ep2p-2