Aplikasi Maybank2U Untuk iPhone Kini Turut Menyertakan Sokongan Apple Watch Serta TouchID

Maybank AppleWatchMaybank pada minggu ini telah mengemaskini aplikasi Maybank2U untuk iPhone mereka, dimana melalui kemaskini ini, Maybank menyertakan dua fungsi popular daripada Apple yang baru, iaitu sokongan untuk jam tangan pintar Apple Watch, selain turut menyertakan sokongan untuk TouchID.

Dengan sokongan untuk Apple Watch, pengguna kini boleh mengikuti beberapa kemaskini terus daripada pergelangan tangan mereka, tanpa perlu membuka aplikasi Maybank pada iPhone. Maybank menjadi bank kedua untuk menyertakan sokongan ini selepas Hong Leong Bank memperkenalkan sokongan Apple Watch tidak lama sebelum ini.

Disamping itu, kemaskini ini turut membolehkan pengguna iPhone untuk menggunakan kelebihan pengimbas cap jari TouchID pada peranti mereka sebagai sekuriti untuk aplikasi ini, selain memudahkan lagi pengguna menyemak baki dan mengakses akaun mereka.

Bagi pengguna aplikasi Maybank pada iPhone, anda boleh mengemaskini aplikasi tersebut hari ini, dan menikmati fungsi yang dibawakan oleh Maybank ini.




ep2p-5small