Anwar suruh rakyat selamatkan negara dari siapa? Peliwat atau Komunis??

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh menyeru agar rakyat bersatu dan bertekad demi menyelamatkan negara.

“Di saat genting ini, rakyat Malaysia perlu bersatu dan bertekad untuk menyelamatkan negara kita

“Marilah kita ketepikan segala pertimbangan dan perbezaan yang lain dan berikan fokus kepada perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia,” kata Anwar melalui peguamnya.

Mengapa Anwar sibuk menggesa rakyat untuk menyelamatkan negara?? Sedangkan beliau sendiri tidak mampu selamatkan diri dari nafsu serakah sehingga dimasukkan ke penjara akibat perbuatan liwatnya.

Selain itu, Anwar mahu rakyat bersatu demi menyelamatkan negara dari siapa?? Peliwat atau komunis??

Kalau mahu menyelamatkan negara dari peliwat dan komunis itu Andy amat bersetuju. Ialah, kita sebagai rakyat di negara ini perlu bersatu menyelamatkan negara dari dijajah atau ditabdir oleh peliwat seperti Anwar dan komunis seperti DAP yang mahu hak orang Melayu dihapuskan.

Perkara seperti ini dapat dilihat di negeri Pulau Pinang yang di bawah pentadbiran DAP, dimana, orang Melayu di negeri tersebut sudah mula diusir sejak parti tersebut memegang kerajaan negeri itu.

Jika dibiarkan maka orang Melayu di negara ini bakal menjadi orang Melayu di Sinagapura yang terpaksa mengemis di tanah air sendiri. Sanggupkah anda menjadi pengemis di tanah air sendiri?? – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small