
Seorang anak jati dari Johor dari Kota Tinggi telah menghasilkan sebuah lagu bertajuk “Cerita Kebenaran” yang dihadiahkan khas kepada YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sempena ulang tahunnya ke-62…
Lagu ini dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Denai (rd Razif) telah mendapat sokongan Yayasan Mesra..impian anak muda ini menghasilkan lagu “Cerita Kebenaran” telah menarik perhatian Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Pengerusi Yayasan Mesra) selepas mendapat tahu kesungguhan anak muda ini menterjemahkan betapa perit getirnya seorang pemimpin negara dalam mentadbir negara…
Tidak ramai anak muda seperti ini yang bersungguh-sungguh ingin menterjemahkan penghargaannya melalui dendangan lagu…ketika pertama kali mendengar lagu ini, naluri saya terus menangkap kalbu betapa besarnya pengorbanan yang harus dilalui seorang pemimpin negara..pada ketika ini Najib berada dalam keadaan yang sungguh mencabar yang mana memerlukan kekuatan untuk mengharungi segala cabaran dan fitnah yang direka pihak tidak bertanggungjawab untuk menggulingkannya…insya’allah Kebenaran akan muncul jua…
Menceritakan bagaimana tercetusnya lagu ini, Pengerusi Yayasan Mesra, Datuk Ehsanuddin menceritakan pengalamannya apabila didatangi anak muda tersebut, “anak muda ini ingin menyampaikan betapa YAB PM berusaha untuk membantu rakyat…menghayati kegigihan Najib memimpin negara..saya mengambil pendekatan positif apabila anak muda ini berjumpa saya untuk menghasilkan lagu ini…anak muda ini boleh nampak kegigihan Perdana Menteri mentadbir negara masakan kita dalam pentadbiran tidak nampak..”
“Saya suka pendekatan anak muda ini..kita sebagai orang Islam perlu menekankan aspek positif..kebenaran akhirnya akan terserlah akhirnya..kita tidak boleh menghukum seseorang tanpa membuktikan seseorang itu bersalah..ketika ini kita memerlukan kekuatan dan keupayaan untuk tolak tohmahan..tidak bersangka buruk..beliau memimpin rakyat sudah lama mana mungkin kita boleh menghukum dengan masa yang singkat…”ujar Datuk Ehsan lagi..
Dipihak kami ingin mengucapkan syabas kepada Denai atas usaha anda menghadiahkan lagu ini kepada YAB Perdana Menteri..tidak ramai anak muda seperti anda!!!!
SELAMAT HARI LAHIR YAB DATO’ SERI NAJIB! SEMOGA ALLAH SWT MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA DATO’ SERI MENGHARUNGI UJIAN INI…AMIN…
Saksikan Klip lagu CERITA KEBENARAN dibawah…
Nukilan
Insan Kerdil
Khas buat pemimpin
Ku hanya mampu memerhati
Aku mengerti, aku merasai
Pedihnya kau menahan hati
Separuh mati
Kau di hukumi
Sebelum di adili
Kau di sanggahi
Rakan taulan sendiri
Pedihnya tak terperi
Berdiri pun bertongkat bukti
Tidak semata maruah diri
Sesungguhnya Ya Rabbi demi hak dan hakiki
Namun wahai pemimpin
Tabahi lah. Gagahi lah.
Tawakkal lah. Yakin lah.
Bila tiba ketikanya nanti
Dengan izin ketentuan Illahi
Tuhan Maha Mengetahui
Lagi Maha Menguasai
Tujuh petala langit dan tujuh petala bumi
CERITA KEBENARAN
azali abadi
Akan bersamamu, pasti
Menemani
Mengiringi
Ikhlas
dari insan kerdil
Kota Tinggi