Yuna-Dihalau-Keluar-Kedai-Kerana-Peminat-ROTIKAYA20150714_5707

Apa tidaknya, hanya kerana ingin memenuhi permintaan peminat untuk bergambar, penyanyi Yuna Azraai telah diarah keluar ketika berada di sebuah kedai alat solek berjenama.

“Saya diarah keluar dari kedai MAC Pavilion ketika sedang mencari barang hanya kerana peminat ingin bergambar bersama saya,” tulis Yuna yang disertakan dengan simbol thumb down.

Yuna-Dihalau-Keluar-Kedai-Kerana-Peminat-VITDAILYGeram dengan hal tersebut, Yuna meluahkan perasaan tidak puas hatinya melalui akaun Twitter dan mendapat reaksi ramai sejak semalam.

Pada masa sama, beberapa netizen mendedahkan pernah menerima nasib yang sama dengan penyanyi itu dan mendakwa mereka tidak mendapat layanan sepatutnya sebagai seorang pelanggan.

Difahamkan, ketika itu Yuna sedang meluangkan masa bersama ibunya untuk membeli belah di Pavilion. – MYNEWSHUB.CC