Adik kena buli, ARTIS serang Penang Free School

Terkejut Miss A tau! Tengah syok-syok dok scroll Intagram, Miss A tengok banyak post pelakon Almy Nadia pasal buli.. Tertanya-tanya jugak Miss A, dah pasai apa ni? Sapa kena buli..

Siasat punya siasat, adik lelaki Almy dah kena buli dengan pelajar senior sekolahnya.. Hmm.. Miss A tak mau la nak mention kat sini nama sekolah tu.. Tapi, dalam kaypsen Almy memang dia dok mention besar-besar nama sekolah tu..

Katanya adik dia kena pukul dengan pelajar senior empat orang, 1 vs 4.. Memang lunyai la citer dia kan.. Punca dia kena pukul sebab keluar pergi cari makan malam–malam dengan kawannya seramai 17 orang..

Pelik? takkan keluar pergi makan pun kena pukul, dari komen yang Miss A baca.. Ramai follower yang cakap adik Almy tu ‘fly’ pergi hisap shisha.. Orang yang dok asrama tahu kot apa maksud ‘fly’ kan? Keluar senyap-senyap tanpa kebenaran..

Bila dah ‘fly’ pastu pergi hisap shisha, dok asrama memang confirm la balik tu kena belasah dengan senior.. Sebab adik Almy ni dah kena belasah teruk.. Almy dah ambil keputusan nak bawa kes ni ke muka pengadilan..

Katanya pihak sekolah tak ambik kisah pun kes adik dia kena buli.. Habis pengetua dan cikgu-cikgu sekolah tu kena marah dengan Almy..

Sama-samalah kita tunggu perkembangan terbaru kes dorang ini.. Nampak macam makin hangat, sebab Almy dah buruk-burukkan nama sekolah dan cikgu kat sekolah tu.. Ramai follower Almy tak suka cara Almy dok hentam pengetua dan cikgu sekolah tu.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2