Adegan Romantik Terlampau Siti Saleha Dan Aaron Aziz bikin panass..

Kat Malaysia ni Miss A rasa memang kalau keluar drama baru je, mesti bertemakan suami isteri dan ada adegan-adegan romantik.. Kali ini gandingan Siti Saleha dan Aaron Aziz dalam drama bertajuk ‘Cinta Paling Agung’..

Macam biasa, akan jadi isu bila ada babak intim hero dan heroin dalam drama.. Baru je tengok gambar promosi drama ni pun dah nampak macam ada adegan hot! Hmm.. nak kena hentam dengan peminat jugak ke drama ni?

Bila ditanya pada Siti Saleha, sejauh mana dirinya membataskan aksi-aksi intim dalam lakonan.. Siti Saleha maklumkan tak ada bataskan apa-apa.. Apa yang pengarah suruh dia buat dia akan buat.. Fuhh.. terbaik la Saleha ni.. Betul-betul dengar cakap..

“Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa. Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik. Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan sahaja dan kami tidak buat apa-apa pun, malah itu semua di hadapan semua krew produksi,” katanya..

Banyak cara la kalau nak tunjuk kemesraan antara suami isteri.. Ini tidak, tengok je drama romantik mesti ada adegan peluk, angkut bini nak ke katil atau gurau-gurau manja kat atas katil.. Berdarah hidung tau tengok adegan intim pelakon ni..

Apapun, Lembaga Penapisan Filem (LPF) dah keluarkan had aksi-aksi mesra pelakon.. Harap ada perubahan dan perkembangan positif di masa akan datang.. Kita tunggu dan lihat.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small