4 Jari Hancur Kena Mercun Buatan Sendiri

KOTA BHARU – Seorang pelajar Tingkatan Tiga hancur empat jari kanannya selepas terkena mercun buatan sendiri di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Tumpat, malam tadi.

 

Dalam kejadian itu jam 8 malam, mangsa Mohd Rizaimie Zambri, dikatakan keluar bermain mercun bersama tiga rakannya yang lain berhampiran masjid, selepas berbuka puasa.

 

Ketika mangsa sedang menyalakan mercun berkenaan, secara tiba-tiba mercun terbabit meletup menyebabkan empat hujung jarinya hancur.

 

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

 

Ibu mangsa, Che Rosmaini Che Sulaiman, 38, ketika ditemui di hospital masih terkejut dengan kejadian menimpa anaknya itu. – BHarian



This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini. Bookmark the permalink.

ep2p-5small