Wartawan tersilap lapor Ratu Elizabeth sudah mangkat.. Memalukan!!

Apa kes? Seorang wartawan BBC tweet menyatakan Ratu Elizabeth mangkat. Itu la lain kali hati-hati keluarkan kenyataan.

Ahmen Khawaja yang cetus semua ni, dalam tweet tu menyatakan “Elizabeth(sakit) telah mangkat”.

BBC dalam satu kenyataan pula berkata “semasa latihan teknikal untuk berita kemangkatan, seorang wartawan penyiaran BBC telah silap menulis di twitter bahawa seorang kerabat diraja telah nazak. Tweet tersebut telah di padam memohon di atas sebarang kesilapan.”

Berikutan kes tu satu siasatan telah dilakukan sebagai sebahagian tindakan disiplin yang dibuat oleh BBC. Ahmen pun dah sedar kesilapan nya dan bakal di ambil tindakan.

Kita kalau nak post apa-apa pun kat media sosial tu mesti kesasihan maklumat dan tepat. Takut jadi masalah nanti. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2