Wanita terjun tasik kerana suami enggan belikan beg.

“Lau kung, saya nak beg ni, boleh belikan?”. Mesti bini lelaki tu cakap macam tu. Biasa la perempuan kalau dia jumpa barang yang dia berkenan. Mula la terkebil-kebil mata nak beli. Ni tambah kalau ada suami mesti cakap pun manja jer kan.

Di Tasik Mingyue, China, seorang perempuan terjun ke dalam sungai gara-gara suami dia tak nak belikan beg untuk dia. Oh no..sebab beg jer perempuan tu terjun sungai?

Seorang saksi, Zhang bagi tau perempuan tu berendam dalam air sejuk lebih kurang 20 minit. Ah moi, boleh beku badan!. polis datang nak selamat dia pun perempuan tu buat tak endah.

Kecewa sangat ni sampai sanggup korban diri gara-gara beg. Suami perempuan tengok bini dia tak nak naik, dia pun berang terus terjun sungai yang parah tu dia terus pukul bini dia. Polis pun cepat-cepat tahan lelaki tu takut mati juga perempuan tu.

Kisah yang sebenarnya macam ni, “Suami saya mendera saya sepanjang masa di rumah. Bukan perkara luar biasa bila dia memukul saya seperti ini. Saya ugut untuk bunuh diri bukan kerana beg tangan sahaja, malah untuk semua penderitaan yang saya lalui selama ini,” kata perempuan China tu.

Ohhhhhhhhh..bukan sebab beg saja la ni. ingat pasal beg nak bunuh diri bagai. MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small