Wan Maimunah Sahkan Telah Bercerai!

Advertisement

Semalam, laman hiburan tanah air gempar dengan gosip Wan Maimunah sudah bercerai dengan suaminya seorang pengusaha kedai makan Kacang Pol yang popular. Namun masih tidak diketahui kesahihah laporan tersebut.

Justeru, pihak Kosmo telah mendapatkan penjelasan kisah sebenar daripada Wan Maimunah. Yupp! memang betul Wan Maimunah telah bercerai dan telah pun bergelar janda malah kini tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Makpol Saimon, 55, sejak April lalu.

wan maimunah

Namun kisah terperinci punca berlakunya perceraian mereka enggan dikongsikan oleh Wan Maimunah dengan alasan menghormati keputusan bekas suaminya yang enggan perkara itu disebarkan.

“Saya tidak boleh memberi sebarang kenyataan lanjut mengenai kes perceraian kami, lagi pun lebih baik jika ditanya kepada pihak sebelah sana (bekas suaminya). Saya bimbang perkara ini diperbesarkan.

“Apa yang boleh saya katakan semua itu kuasa Allah, hanya Allah yang maha mengetahui segala yang berlaku,”

Penulis mendoakan Wan Maimunah tetap bersabar dengan dugaan ini. Pastinya ada hikmah disetiap apa yang berlaku. Jadilah seorang wanita yang kuat walaupun tiada insan bernama lelaki di sisi.

6 total views, 6 views today

ep2p-2