SEORANG budak lelaki dari Rusia ini dikatakan telah membeli sarung telefon bimbit yang kononnya kalis-penukul dan boleh melindungi telefon bimbitnya daripada pecah.

Oleh itu, dia dengan yakin dan berani telah menguji aksesori baru tersebut dengan mengetuk telefon bimbitnya itu menggunakan penukul.

Dengan hanya dua ketukan tepat pada telefon bimbit itu, hasilnya dilihat telah membuatkan budak lelaki itu menyesal seumur hidup dan tidak akan sesekali percaya dengan kata-kata manis si penjual.

Agak simpati dengan apa yang berlaku kepadanya tapi mesti ramai yang tergelak dengan hasil kajian yang dilakukannya itu.

Jom sama-sama kita lihat hasil kajian budak lelaki ini di bawah, video yang baru dimuat naik sejak 5 hari lalu itu sudah mendapat jumlah tontonan lebih 100 ribu di laman Youtube.

– MYNEWSHUB.CC