Miku scoresBrazil berjaya menewaskan Venezuela 2-1 dalam aksi terakhir kumpulan C tanpa kelibat kapten pasukan Neymar, yang digantung empat perlawanan tempoh hari.

Brazil berjaya membuka jaringan seawal minit ke-9 selepas Thiago Silva berjaya meledakkan gol pembukaan selepas berjaya menyempurnakan hantaran Robinho melepas penjaga gol Venezuela Alain Baroja.

Roberto Firminho menambahkan lagi jaringan buat Brazil selepas menjaringkan gol di babak kedua perlawanan. venezuela berjaya mendapatkan gol pada minit ke-84, namun telah terlambat untuk mereka untuk berkongsi mata dengan pemenang Piala Dunia lima kali itu.

Brazil berjaya menjuarai kumpulan C dengan enam mata dan akan sekali lagi bertemu Paraguay di pusingan yang sama empat tahun lalu.

Pertahanan Atletico Madrid Miranda yang menggalas jawatan sebagai kapten pasukan ketika ketiadaan Neymar memberikan pujian kepada para pemain untuk meraih kemenangan yang penting ini.

“Kami telah menghasilkan kepimpinan yang baik yang di atas padang dan kemenangan ini merupakan penting buat kami,” ujar Miranda ketika ditemubual oleh SporTV selepas perlawanan berakhir.

Highlights