United Bida Raheem Sterling £25 Juta, Chelsea Mahu Beli Falcao

MANCHESTER United sedia membuat bidaan sebanyak £25 juta bagi mendapatkan Raheem Sterling, sekaligus menyelesaikan kekurangan penyerang kelab itu serta menamatkan masalah panjang Liverpool mengenai kontrak pemain muda berkenaan.

Mirror Online melaporkan, usaha pertama United pada bulan lalu gagal apabila Liverpool menolak pentanyaan mengenai potensi menjual Sterling.

Bagaimanapun Louis van Gaal tidak mahu cepat berputus asa sebaliknya akan terus membuat bidaan bagi mendapatkan Sterling dalam beberapa hari lagi.

Jurulatih kelahiran Belanda itu ingin mendapatkan Sterling, 20, yang merupakan pemain muda berbakat England kerana percaya kariernya akan lebih baik jika berada di Old Trafford.

Van Gaal juga percaya Sterling akan meninggalkan Anfield pada jendela perpindahan kali ini kerana kontraknya hampir tamat.

Jika Liverpool menolak tawaran United, tidak mustahil mereka akan menjual Sterling kepada Manchester City yang turut mahukan pemain berpotensi itu untuk jangka masa panjang.

Sementara itu JUARA Liga Perdana Inggeris, Chelsea dilapor sedang berbincang dengan Monaco mengenai usaha mendapatkan Radamel Falcao menerusi pinjaman pada musim depan.

Usaha itu dilakukan selepas wakil Falcao dikata memulakan perbincangan dengan Chelsea mengenai masa depan penyerang yang digugurkan oleh Manchester United.

Falcao sebelum ini dipinjam oleh United, namun hanya mampu menjaringkan empat gol daripada 29 penampilan.

Bagaimanapun, pengendali Chelsea, Jose Mourinho yakin mampu menjadikan pemain berusia 29 tahun itu sebagai penyerang digeruni dia apabila berada di Stamford Bridge.

Urusan pinjaman Falcao ke Chelsea diusahakan oleh ejen terkenal iaitu, Jorge Mendes dan perbincangan dijangka akan dimuktamadkan dalam beberapa hari lagi.

Sumber Chelsea dilaporkan berkata,” perbincangan telah berlangsung dengan baik dan Mourinho yang merupakan salah seorang peminat Falcao yakin mampu mengubahnya.

ep2p-5small