Twitter Mula Memainkan Video Dan GIF Secara Automatik Pada Web Dan iPhone

Twitter tidak lama sebelum ini telah menyokong fungsi memuat-naik video terus ke perkhidmatan mereka, dan memainkannya terus melalui aplikasi mudah-alih Twitter atau web. Kini, lanjutan daripadanya, seperti beberapa perkhidmatan lain, Twitter kini turut membawakan sokongan memainkan video secara automatik pada perkhidmatan mereka.

TwitterFungsi memainkan video automatik ini terhad kepada video yang dimuat-naik terus ke Twitter sahaja buat masa ini. Selain daripada video, pihak Twitter juga turut membawakan sokongan memainkan GIF secara automatik tanpa perlu tap pada gambar seperti sebelum ini.

Apa pun, bagi pengguna yang tidak meminatinya, boleh mematikan sokongan tersebut pada halaman tetapan, selain turut boleh membuat pilihan untuk memainkan video atau GIF pada rangkaian WiFi sahaja.

Fungsi ini akan diperkenalkan pada pengguna web dan iOS terlebih dahulu, dan bakal menyusul untuk pengguna Android selepas itu.

ep2p-5small