Tomok Tertekan Gambar Anak Jadi Bahan Lucah

Siapa saja yang bergelar seorang ayah pasti tak senang duduk bila dapat tahu gambar anak yang dimuatnaik di laman sosial telah disalah guna oleh pihak tak bertanggungjawab..

Sebelum ini Harith Iskandar didakwa terkejut dapat tahu gambar anaknya terdapat dalam laman web lucah.. Kali in Tomok juga akui terkilan bila dapat tahu gambar anaknya iaitu Arrianshah Akid dan Andrashah Iman telah dimuatnaik dalam laman web pronografi..

Tindakan yang sama seperti Harith, Tomok membuat laporan polis serta ke SKMM.. Tomok berharap pihak yang betanggungjawab dapat mengelesaikan perkara seperti ini secepat mungkin..

“Saya baru dapat tahu lewat malam semalam, saya dah pun berbincang dengan isteri mengenai tindakan apa yang perlu kami buat, sebagai ibu bapa saya amat terkilan dengan individu yang terbabit dalam penyebaran gambar anak-anak kami.

“Kes ini adalah berat, tidak boleh dipandang ringan dan saya harap pihak berkuasa kena turut campur tangan dalam hal-hal yang bercanggah dengan norma kehidupan manusia, fedofilia adalah perkara yang menakutkan saya,” kata tomok..

Niat baik Tomok nak berkongsi gambar keluarga dah disalah guna.. Miss A pun suka sangat ikuti perkembangan anak Tomok ni.. Video yang dimuatnaik kat IG miliknya pun comel-comel.. Miss A pun hairan, gambar-gambar anak kecil yang tak bersalah pun boleh diguna untuk mengaut keuntungan.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-5small