Perlawanan yang dinanti-nantikan oleh penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim dan Borussia Dortmund akan berlangsung pada 9hb Julai 2015 dan perlawanan persahabatan tersebut akan diadakan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Harga tiket adalah RM130, RM180 dan RM280 dan hanya dibuka untuk jualan ekslusif bagi pemegang pas bermusim 2015 bermula 20hb sehingga 22hb Jun ini.

Tiket akan dimula dijual pada umum selepas tarikh tersebut. 

“Harga tiket telah diperhalusi dan dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum harga tersebut sepakat dicapai oleh pihak pengurusan. Dan mungkin mahal bagi sesetengah pihak, tetapi ianya pasti berbaloi untuk ditontoni di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin,” ujar pihak PBNJ setelah disoal berkenaan harga tiket yang agak mahal.

– JohorSouthernTiger