SEORANG lelaki di Shanghai telah memfailkan saman kepada seorang pelakon wanita popular di China kerana merenungnya melalui kaca televisyen (TV).

Pelakon ‘malang’ yang disaman itu merupakan aktres cantik, Zhao Wei yang terkenal melalui filem aksi  Shaolin Soccer dan So Close.

Lelaki tersebut menuduh renungan Zhoa Wei telah membuatkan rohani atau dalaman dirinya meracau dan kini menuntut ganti rugi di Mahkamah Rakyat Daerah Baru Shanghai Pudong.

27824__DSC5497

Memang tak dinafikan pelakon berbakat besar ini punyai renungan mata yang sangat menawan, tapi tak logik sekiranya dengan hanya tenungan menerusi kaca TV pelakon ini didakwa sebegitu.

Menurut sumber, mahkamah di Shanghai banyak menerima kes pelik sejak beberapa bulan lalu.

– MYNEWSHUB.CC