Takut disaman, Rafizi dakwa hanya melawak dengan Najib dan Rosmah..

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang sedang goyah berdepan saman fitnah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ekoran memfitnah perdana menteri tahun lalu dalam sebuah forum, hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal apabila mengatakan beliau hanya berjenaka mengenai.

Rafizi sebelum saman difailkan telah dituntut oleh perdana menteri itu menarik balik kenyataan itu yang memburukkan imej Najib serta isterinya bagaimanapun tidak diendahkannya.

Tetapi hari ini, beliau cuba mempertahankan dirinya dengan mengeluarkan kenyataan ‘bodoh’ dengan mengatakan kenyataannya terhadap Najib dan Rosmah dalam forum itu bukan sebagai fitnah tetapi berjenaka.

“Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah, ia dibuat secara berseloroh,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Haa…. tahu takot… sebelum ni bukan main tunjuk berani lagi. Tak takut kena saman dengan Najib laa bagai. Tapi mai hari ini, boleh pula bawa keluar satu kenyataan yang dia cakap dalam forum tu cuma berjenaka.

Kenapa sebelum saman difailkan tu tak cakap beliau cuma berjenaka??? sebab yakin Najib takkan saman ke??? silap laa Rafizi oiii… Sekarang dah kena saman pandai-pandai laa cari duit untuk bayar nanti…. Jangan pula kutip derma kat rakyat untuk bayar saman yang dikenakan yee…

Rafizi dalam sebuah forum tahun lalu telah memfitnah perdana menteri dan isterinya dengan mengatakan harga bahan api yang dinaikkan untuk membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian.-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-2