Suami kongsi gambar merajuk di Facebook sebab isteri terlebih manjakan telefon.

Kalau macam ni la jadinya kita nak salahkan sapa?? Kalau dulu kita takde Facebook atau Twitter orang cakap kita tak reti bersosial.

Tapi zaman sekarang, telefon tu 24 jam kat tangan asyik leka layan media sosial sampai tak meyembang dengan orang lain, mula la cakap tak bersosial… Aikk dah terbalik pulak?

Tula dulu suruh bersosial sangat kan… ini keluhan seorang suami. Isterinya asyik main telefon je dari mula perjalanan sampai la ke sudah. Satu habuk pun tak menyembang dengan suami. Kot la nak teman sembang ke kan sambil drive, ini tidak.

Dalam hal ni nak salahkan sapa?? Tak boleh salahkan perempuan sebab laki pun ada jugak jenis 24jam asyik mengadap benda tu je.

Sekarang ni masing-masing kena pandai la bahagi masa jangan asyik nak tengok benda tu je. Yang isteri kena la jalankan tanggungjawab jugak, sama la macam suami. Kalau ada salah tu tegur jela. Pengaruh media sosial memang kuat.

Umpama hisap dadah je.. Sehari kalau tak pegang boleh jadi kemurungan owww, betul tak??-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2