Suami Erma Fatima, Bade Tidak Tahu Isu Permohonan Cerai?

Advertisement

Siapa yang tak terkejut dengan gosip “Panas! Erma Fatima Dan Bade Bakal Bercerai?” lebih-lebih lagi sebelum ini kisah dirinya bersama madunya dilihat agak mesra dan akrab sekali.

Mana mungkin tiba-tiba sahaja isu cerai timbul antara Erma Fatima dan juga Bade. Walaubagaimanapun, hakikat sebenar Erma telah pun menfailkan tuntutan cerai itu kepada mahkamah.

Sebutan kes permohonan cerai Erma Fatima pada Khamis lalu menyaksikan suaminya, Bade tidak hadir ke mahkamah dengan alasan tidak tahu mengenai perkara itu.

Suami Erma Fatima, Bade Tidak Tahu Isu Permohonan Cerai?

“Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini,” katanya.

Justeru itu, Erma diberi kebenaran oleh Hakim, Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin untuk menegluarkan notis amaran kerana Bade tidak hadir pada sebutan pertama kes permohonan cerai tersebut.

Dalam pada itu, Bade tidak memberi sebarang komen mengenai isu perceraian yang dikemukan oleh isteinya, Erma Fatima ini dan bakal diteruskan pada 10 Ogos 2015 bagi sebutan semula kes mereka.

Apa yang kami harapkan di sini agar pengakhiran yang baik antara mereka dapat dicapai. Biarlah cerai menjadi jalan terakhir buat pasangan ini. Semoga Allah memberi petunjuk kepada hamba-hambaNya, Amin.

Sumber: mStar Online

26 total views, 26 views today

ep2p-2