Soo Wincci Azam Mahu Puasa Penuh Ramadhan Kali Ini!

Advertisement

Satu cabaran yang patut dipandang tinggi oleh kita terutama umat Islam kerana aktres Malaysia Soo Winci yang jelas sekali bukannya penganut Islam berharap dapat berpuasa penuh di bulan Ramadhan ini seperti tahun sebelumnya.

Agak terkejut bagi kami apabila mendapat tahu, tahun ini merupakan kali keempat buat dirinya berpuasa. Malu tak kalau ada yang umat Islam sendiri ponteng puasa tanpa sebab-sebab yang dibenarkan Islam, malu kan.

Menurutnya, berpuasa bukanlah penghalang untuk terus bergiat aktif sepanjang hari.

MENARIK:- Sweet! Adeline Tsen Kini Bertudung Dan Berpurdah?

Soo Wincci Azam Mahu Puasa Penuh Ramadhan Kali Ini!

“Kebiasaanya saya tidak mengambil makanan berat waktu sahur tetapi ia mestilah yang berkhasiat.

“Apa yang penting adalah buah kurma kerana khasiat di dalamnya mampu membekalkan tenaga untuk sepanjang hari.

“Puasa bukanlah pengahalang kepada saya untuk bergerak aktif kerana setiap kali Ramadan, saya sentiasa rasa ada tenaga luar biasa dan lebih fokus dalam melakukan sesuatu,” ujarnya.

Benarlah buah kurma ini antara makanan yang memberikan tenaga yang luar biasa. Kalau tak Neelofa tak kongsi pula resepi sahurnya di bulan Ramadhan, betul tak? – Resepi Sahur Enak Dari Neelofa Berasaskan Kurma!

Soo Wincci Azam Mahu Puasa Penuh Ramadhan Kali Ini!

Sudah tentu bukan dengan hanya memakan kurma sahaja kan, Soo Wincci juga turut mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan juga telur separuh masak ketika bersahur. Tiba-tiba rasa bangga dengan amalannya ini, sekurang-kurangnya Soo Wincci dapat merasai sendiri bagaimana rasanya umat Islam lain ketika sebulan berpuasa.

Tambah-tambah dirinya juga terpaksa menjalani penggambaran bagi drama bersiri The Injustice Strangers dalam keadaan cuaca yang panas terik. Namun, tidak sama sekali dirinya ingin mengalah malah berharap dapat memenuhi sebulan amalannya berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga Soo Wincci dan juga beberapa lagi artis yang bukan penganut agama Islam yang menyatakan hasrat untuk berpuasa bersama-sama dikurniakan hidayah oleh Maha Esa. – Amber Chia Azam Puasa Penuh Ramadhan Dan Rasa Tenang Bertudung?

Siapa tahu, suatu hari nanti lebih ramai yang akan mengikut jejak seperti Adam Corrie dan juga Raisyyah Rania Yeap, betul tak?

8 total views, 8 views today

ep2p-2