Sony Tiada Perancangan Untuk Membolehkan Permainan Playstation 3 Dimainkan Di PlayStation 4

Antara pengumuman yang menarik di acara E3 yang sedang berlangsung ialah Microsoft mengesahkan permainan Xbox 360 kini boleh dimainkan secara natif  di Xbox One . Sokongan cross platform  yang turut disokong membolehkan pemain Xbox One bermain dengan rakan Xbox 360 diatas talian tanpa sebarang masalah. Bermula hujung tahun ini 100 permainan Xbox 360 akan mampu dimainkan dengan ratusan lagi akan disokong secara berperingkat. Microsoft mendengar permintaan pelanggan mereka yang mahukan fungsi ini sejak Xbox One dilancarkan pada tahun 2013.

PlayStation 4

Sekiranya anda memiliki konsol PlayStation 4 dan mahukan fungsi yang sama untuk permainan PlayStation 3 yang anda miliki anda mungkin perlu terus menunggu. Pihak Sony tidak mempunyai sebarangan perancangan untuk mengikuti jejak Microsoft. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana Sony mempunyai perkhidmatan PlayStation Now. Mereka mahu pemilik PlayStation 4 yang mahu bermain permainan Playstation 3 menggunakan khidmat berbayar mereka. Sekiranya anda sudah membeli permainan tersebut sebelum ini anda masih perlu menyewanya di PlayStation Now.

Apa yang dilakukan oleh Microsoft adalah tindakan yang bijak dan pastinya akan membantu meningkatkan penjualan Xbox One. Tindakan Sony yang masih berkeras mahu pengguna menggunakan perkhidmatan PlayStation Now kini kelihatan agak angkuh.

ep2p-5small