Siti Sarah Enggan Komen Isu Diri Mengenakan Hijab!

Advertisement

Penyanyi Siti Sarah akui ini bukan kali pertama dia berhijab malah sudah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu lebih-lebih lagi apabila Ramadhan tiba. Beliau dalam pada itu tidak menyangka isu hijab yang ditampilkan dipersoalkan malah ada yang bertanyakan hal itu.

“Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini.

“Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.

Artikel sebelum:- Risau Dan Terlebih Fokus Punca Shuib Hilang Selera Makan

Siti Sarah Enggan Komen Isu Diri Mengenakan Hijab!

Siti Sarah bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut isu berkenaan kerana itu semua datang secara semulajadi lebih-lebih lagi bila Ramadhan menjelma. Tambahnya lagi isu hijab bukan satu perkara yang remeh. Banyak perkara yang perlu diambil kira dan dititikberatkan kerana hijab bukan setakat mengenakan tudung sahaja malah meliputi seluruh aspek.

“Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

“Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main,” katanya.

Untuk maklmuman, Sarah kini sedang hamil 5 bulan. –TAHNIAH! Shuib Dan Siti Sarah Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga!

Hidayah itu milik Allah. Doakan yang baik-baik sahaja okey? Mana tahu lepas ni terbuka pintu hati Siti Sarah untuk berhijab. Aminn!

46 total views, 46 views today

ep2p-5small