Arsenal dilaporkan telah bersetuju dengan harga £10.9juta yang ditawarkan oleh Chelsea untuk pembelian Petr Cech.

Chelsea akhirnya memilih untuk melepas penjaga gol mereka ke Arsenal. Menurut laporan media, The Gunners telah bersetuju dengan harga yang ditawarkan untuk membeli penjaga gol Republik Czech dari Stamford Bridge.

Bahkan ada khabar angin yang menyatakan bahawa penjaga gol yang berusia 33 tahun itu bakal menerima gaji tertinggi dalam sejarah kelab dengan nilai £100 ribu seminggu.

BREAKING: Sky Sources: Arsenal agree £10.9m fee with Chelsea for Petr Cech. #SSNHQ

— Sky Sports News HQ (@SkySportsNewsHQ) June 23, 2015

Bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi baik dari Chelsea ataupun Arsenal.

Makin nyatanya kedatangan Petr Cech ke Arsenal, membuat persaingan posisi penjaga gawang utama semakin sengit. Dengan kedatangan satu lagi penjaga gawang berpengalaman, secara automatik Arsenal harus merelakan salah seorang dari tiga penjaga golnya untuk angkat kaki.

Penjaga gol utamanya Szczesny menunjukkan prestasi naik turun di musim lalu. Namun dengan keseriusan Szczesny yang ingin memperebutkan tempat utama musim depan, nampaknya Arsenal harus merelakan pemergian David Ospina jika berlaku, yang sebenarnya baru satu musim menjadi sebahagian dari keluarga besar kelab London Barat itu.