Sepp Blatter yang baru sahaja mempertahankan jawatan Presiden FIFA 4 hari yang lalu telah mengambil keputusan mengejut untuk meletak jawatan.

Keputusan ini juga dipengaruhi dengan skandal rasuah dan desakan dari UEFA serta Perdana Menteri Britain supaya beliau melepaskan jawatanya kerana gagal menanggani isu rasuah yang memalukan FIFA baru-baru ini.

Antara  yang menjadi kontroversi ialah tuan rumah yang terpilih untuk pertandingan Piala Dunia 2018 dan 2022.

Sepp Blatter difahamkan telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari calon yang sesuai untuk mengganti tempatnya dengan kadar segera.

Difahamkan antara calon yang disenaraikan ialah Presiden UEFA iaitu Michel Plantini.

Jumaat lalu Blatter menafikan beliau akan meletak jawatan kerana jika beliau berbuat demikian bermakna beliau mengaku kesalahannya sendiri.

Keputusan ini diambil kerana beliau percaya dunia bolasepak seperti pemain dan peminat bola tidak memberi mandat kepadanya walaupun beliau mendapt mandat yang secukupnya pada pemilihan FIFA.