Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS? UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Pensyarah?

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS? Universiti Malaysia UM 29 Terbaik Asia! Apa Kata Pelajar, Bekas Pelajar dan Mahasiswa?

Bukan senang, untuk melihatkan kedudukan dan ranking universiti di Malaysia berada sama tinggi dalam senarai ranking universiti terbaik di Asia yang lain apatah lagi tersenarai dalam kalangan universiti terbaik di dunia pada hari ini. Syaratnya, orang politik kena kurangkan masuk campur dalam urusan pengurusan universiti di Malaysia.

Biarkan mereka fokus menguruskan universiti masing-masing dengan cara dan buah fikiran kalangan intelek dan tokoh akademik tanpa birokrasi dan arahan atas yang melampau.

Dan hari ini berita terkini yang mengembirakan kalangan akademik khususnya dari Universiti Malaya amnya dan rakyat Malaysia umumnya apabila buat pertama kalinya Universiti Malaysia (UM) berjaya berada di dalam kalangan senarai ranking 30 universiti terbaik di Asia sekaligus terus diangkat sebagai universiti terbaik Malaysia 2015 berdasarkan kajian QS Quacquarelli Symonds Asia.

ranking universiti

Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS

Universiti Malaya (UM) – IPTA (Ranking 29 di Asia)
Universiti Sains Malaysia (USM) – IPTA (49)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – IPTA (56)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – IPTA (61)
Universiti Putra Malaysia (UPM) – IPTA (66)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) – IPTA (151-160)
Universiti Teknologi Petronas (Petronas) – IPTS (151-160)
Universiti Utara Malaysia (UUM) – IPTA (191-200)
Universiti Multimedia (MMU) – IPTS (201-250)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – IPTA (201-250)
Universiti Teknologi MARA (UiTM) – IPTA (201-250)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) – IPTA (201-250)
Universiti Malaysia Sabah (UMS) – IPTA (201-250)
Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing – IPTS (251-300)
Universiti UCSI Kuala Lumpur – IPTS (251-300)
Universiti Malaysia Pahang (UMP) – IPTA (251-300)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – IPTA (251-300)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – IPTS (251-300)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – IPTA (251-300)
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS (251-300)

BACA BERITA INI : Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014?

Tahniah Berita Semasa ucapkan. Ketua Penyelidik QS Ranking juga mengatakan :

“reputasi universiti Malaysia semakin meningkat dalam institusi akademik antarabangsa”

Jikalau Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya naik beberapa anak tangga bersama 17 IPTA universiti awam Malaysia yang lain, lain pula ceritanya bagi 3 universiti ini :

Universiti Kebangsaan Malaysia UKM turun tangga
Universiti Putra Malaysia UPM turun tangga
Universiti Teknologi Malaysia UTM juga turun tangga

Semak Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2015 IPTA IPTS oleh Quacquarelli Symonds

Anda boleh semak kedudukan seperti di bawah ini ranking universiti terbaik Malaysia daripada Universiti Malaya sehingga kedudukan terakhir yang disandang Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Semoga ranking universiti terbaik oleh Universiti Malaysia terus diperbaiki di pada masa akan datang sekaligus membuka mata ramai pihak, bahawa pihak institusi pendidikan di Malaysia yang menjadi tunjang utama kepada lonjakan pencapaian dan pelaburan masa depan Malaysia sebenarnya benar-benar diberikan perhatian serius oleh kerajaan Malaysia.

P/S : Apa respon balas kalangan mahasiwa, mahasiswi, bekas pelajar dan juga pensyarah melihatkan pencapaian uviversiti masing-masing pada tahun 2015 ini berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2015 IPTS IPTA kali ini?

Fb-Button

Siarkan Komen Anda di Facebook

Komen Bernas di Berita Semasa

ep2p-2