Saya Sendiri Tidak Boleh Terima Kekalahan Ini, Dollah Masih Selamat – Hamidin

Datuk-Hamidin-Mohd-Amin (1)ROMBAKAN kedua mungkin dilakukan ke atas skuad Harimau Malaya selepas diaibkan 0-6 pada perlawanan kumpulan A kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Palestin, Selasa lepas.

Rombakan sebelum ini pernah dibuat oleh ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh selepas skuad bimbingannya menentang Tottenham Hotspurs dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, satu mesyuarat akan diadakan untuk membincangkan mengenai prestasi merudum skuad kebangsaan pada aksi menentang Timor Leste dan Palestin pada 11 dan 16 Jun.

“6-0 ialah satu saat paling sukar bagi saya sepanjang saya terlibat dalam bola sepak dan saya sendiri tidak boleh terima.

Menurut Hamidin, rombakan yang akan dibuat kali ini juga berkemungkinan mengambil kira untuk memilih pemain yang lebih muda yang dilihat berpotensi dan menunjukkan prestasi yang baik untuk diserap dalam skuad kebangsaan.

Dalam pada itu, Hamidin yang juga pengurus skuad kebangsaan berkata, kedudukan Dollah masih kekal namun ia bergantung kepada Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membuat keputusan berhubung perkara berkenaan.

Sehingga kini kedudukan Dollah Salleh (gambar) sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya masih kekal dengan kontraknya berakhir hujung tahun depan.

Namun ia dilihat bukan jaminan kepada pengendali yang membawa skuad negara muncul naib johan Piala AFF 2014 kerana situasi itu boleh berubah.

“Setakat ini Dollah kekal dengan kontraknya tamat hujung tahun depan. Manakala KPI dia adalah membawa skuad negara mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

“Bagaimanapun Presiden (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan barisan exco FAM mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan sebaliknya mengikut peraturan dan sebagainya,” kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

Katanya, buat masa ini, beliau dan Dollah sedang menyiapkan laporan prestasi skuad kebangsaan untuk dibentangkan pada mesyuarat yang dijadualkan pada 10 Julai.

Nasib tiga jurulatih bola sepak negara akan ditentukan dalam mesyuarat bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang akan diadakan pada Julai ini.

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin berkata penilaian prestasi tiga jurulatih negara, Dollah Salleh, Datuk Ong Kim Swee, serta Razif Ali akan dibuat untuk menentukan hala tuju pasukan negara.

Sementara itu, berhubung pemilihan pemain untuk mewakili skuad kebangsaan, Hamidin berkata, FAM dan jurulatih membuat pemilihan terhadap pemain yang terbaik di samping mereka yang mempunyai keinginan untuk mewakili negara.

“Kita tetap akan memilih mana-mana pemain yang ada keinginan untuk mewakili skuad kebangsaan dan mana-mana pemain yang dipanggil jurulatih dan FAM perlu hadir melainkan ada kecederaan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meminta pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak dipilih dalam skuad negara.

Hamidin berkata, kenyataan yang dibuat Presiden PBNJ itu berikutan ada beberapa pihak menerusi laman sosial menyalahkan pemain JDT yang menyebabkan kekalahan ketika aksi menentang Palestin di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tunku Ismail semalam mengeluarkan kenyataan dalam entri di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers yang meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mewakili negara
pada masa akan datang.

– Bernama

ep2p-5small