Sakit Tekak Punca Adam Levine Batal Konsert Maroon 5!

Kasihan pula dekat penyanyi terkenal kumpulan Maroon 5 yang dikhabarkan terpaksa juga membatalkan konsert di Liverpool atas sebab kesihatan. Menurut sumber, vokalis Maroon 5, Adam Levine mengalami masalah sakit tekak dan terpaksa menangguhkan konsert pada Sabtu itu kerana tidak mahu mengecewakan penonton serta peminat yang hadir dengan persembahan yang kurang memuaskan. – Adam Levine Tidak Sengaja Baling Mikrofon Pada Peminat.

Atas saranan doktor, akhirnya Adam Levine akur dan memohon maaf kepada semua di atas apa yang terjadi.

Sakit Tekak Punca Adam Levine Batal Konsert Maroon 5!

Doktor sarankan Adam Levine untuk berehat sebentar dari terus menyanyi.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat meneruskan persembahan atas saranan doktor.

“Sebagai ketua kumpulan Maroon 5, saya mahu berikan yang terbaik tetapi maaf tidak dapat buat persembahan pada malam ini,” katanya.

Bagaimanapun, untuk tidak mengecewakan peminatnya, konsert Maroon 5 akan diadakan semula pada Ahad di lokasi yang sama seperti awal. Harap-harap suara Adam Levine lepas ni lebih baik selepas berehat seketika.

ep2p-2