Penyanyi Black Hanifah disyaki kena Sakit Jantung..

Betullah orang cakap, sakit jantung ni tak mengenal usia.. Ingatkan orang yang berusia je akan kena sakit jantung.. Rupanya Orang muda pun dah ada sakit jantung..

Terbaru, penyanyi Black Hanifah dikejutkan dengan berita dirinya disyaki hidap sakit jantung.. Black sendiri terkejut bila doktor mengesyaki dirinya ada sakit jantung.. Black pergi jumpa doktor pun lepas dia rasa letih dan pening waktu nak mencari lokasi yang sesuai nak buat majlis cukur jambul anaknya..

“Kejadian berlaku tiga minggu lepas sewaktu saya dan isteri sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya. Ketika naik tangga di Dewan N’dah Mahligai, badan saya tiba-tiba rasa letih dan jantung berdegup laju sangat.

Saya kemudian rasa pening dan nak muntah sehingga isteri menyuruh saya duduk dan baring dulu. Selepas itu, kami terus pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan dan ketika di sana, doktor melakukan ECG (electrocardiogram) ke atas saya.

Kemudian apabila mendapat keputusan, doktor beritahu saya disyaki ada penyakit jantung. Menurut doktor, jantung saya ada masalah dan dia bagi surat rujukan ke hospital untuk saya pergi berjumpa dengan doktor pakar. Saya memang terkejut dan tak percaya kerana saya tidak pernah ada masalah jantung lebih-lebih lagi saya seorang yang aktif bersukan,” ujar Black..

Disebabkan hal itu jugak Black dah kena tahan di wad satu malam untuk menjalani beberapa lagi pemeriksaan lanjut.. Apapun, setelah selesai pemeriksaan.. Doktor sahkan dia tak ada pun sakit jantung..Black tak mengalami sebarang masalah yang serius dan kesihatannya semakin baik..

Syukurlah Black tak menghidap apa-apa penyakit.. Siapa ja yang kena macam Black ni pun mesti terkejut.. Elok je sihat, tup-tup doktor cakap ada sakit jantung.. Bahaya tau, sakit jantung tu pembunuh no 1 negara.. Miss A/UtaraNews.com

ep2p-2